Kak Engku Sah Cerai....

7.10.10

Raja Azura suami berpisah

Pepagi aku memang menjadik pendengar setia radia Sinar FM....so adelah KE, SY n Kril.. tajuk perbincangan hari nie adalah pasal 'KISAH RUMAH TANGGA'  sempena bulan P.Ramle so cuma yang aku tak sangka kat paper tertulis tentang kisah KE...sadissssssss


KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.
Sumber memberitahu Harian Metro semalam, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.

“Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh,” kata sumber itu.

Pada 6 Ogos lalu, pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus memberitahu sebab kunjungannya bersama Adzmin ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu.

Pada sidang media itu, Raja Azura menegaskan kunjungan mereka ke mahkamah tiada kena mengena isu memfailkan permohonan cerai seperti yang hangat diperkatakan, sebaliknya bagi mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelesaikan kemelut yang melanda. 

Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.



Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.

Ketika ditanya sama ada punca perceraian itu disebabkan orang ketiga, sumber itu enggan mengesahkannya.



“Itu tidak dapat dipastikan dan biar perkara itu wartawan bertanya kepada Raja Azura. Hakikat ini kerana selama ini dia tidak pernah bercakap mengenai hal rumah tangga mahupun suaminya kepada orang lain. Dia (Raja Azura) tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya,” katanya. 


Harian Metro cuba mendapatkan komen Raja Azura berhubung perceraian itu semalam, namun difahamkan dia berada di Genting Highlands, Pahang, kerana terbabit rakaman program Kedek-Kedek Drypers, sekali gus menutup talian telefon bimbitnya.

Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu.

16 conteng-conteng:

AngahSayang2314 berkata...

terkejut angah baca n3 Kak zai macam tak caya jer.. ye la.. angah memang peminat setia sinar pagi2 lagi topik "kisah rumah tangga..ada2 saja".
Bila di perhatikan balik macam di sebabkan org ke3 pun ada gak??? sebab tiap kali kalau pemanggil panggil cerita pasal perempuan kena tindas pasti dia bangkang cukup2..
Mungkin tue dah jln penyelesaiannya kan kak...

opsss tak nak cakap banyak2 tak pasal2 nanti naik court

LyNn HaMzAh berkata...

betul rupanya gossip tntg KE ni dulu...erm...tak tahu nak ckp apa lagi...

rATu kEBaYA berkata...

selama ni ingatkan gosip je.. rupanya dah jadi kenyataan ye.. harap kak engku dan bekas suami sabar menerima dugaan ini..

lydzar berkata...

tumpang bersedih dgn berita ni. anak-anak dorang pn kecik lagi..harap2 tanggungjawab mkedua2 parents masih diteruskan walaupon jodoh dh tak panjang..

Fieza79 berkata...

mmg terkejut...dlm diam ghupa nya dh sah bercerai...pagi ni dgr sinar FM cam takda pape pon berlaku...Kak Engku mcm biasa je kan..?

HALAMANKU berkata...

Salam Zai.. s.kbr semalam kata KE nafi ke Mahkamah Shah Alam.. ntahlah.. jodoh ketentuanNya.. kita hanya merancang dan berdoa..Allah yang menentukan...

az rina a.k.a jaijina berkata...

alahai, sayang nye..rumahtangga yg cube diselamatkan berakhir dengan penceraian jugak..tak dapat nak selamtkan lg rumah tangg dorang ni..

semoga dia tabah hadapi dugaan ini..bukan senang nak terima senua ni..Jodoh, ajal, maut semua tu di tentukanNya..

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

awe pun dengar gak kak pagi tadi sinar..dan msih dengar lagi ni...sayangnye....erm..tapi mereka dah jumpa kaunselor, dan tak da lah asyik kuar paper je macam artis lain...jadi awe tabik gak lah KE ni...macam artis lain nak kahwin kecoh nak cerai pun kecoh...semoga tabah KE

Zaidah berkata...

@AngahSayang2314 jangan cakap lebih2 nanti masuk court susah..

Zaidah berkata...

@LyNn HaMzAh kita pun tak tahu betul ker idah..tapi dah kuar paper maknanyer betullah tu

Zaidah berkata...

@rATu kEBaYA yer lah kak...semoga diorang tu sabar n tabah menghadapi dugaan

Zaidah berkata...

@lydzar betul tu yang menjadik mangsa anak2

Zaidah berkata...

@Fieza79 dia nak cover buat macam biasa aje...benda personal tak bleh campurkan ngan kerja

Zaidah berkata...

@HALAMANKU Allah yang tahu ape sebenarnyer yang berlaku

Zaidah berkata...

@az rina a.k.a jaijina mesti ade hikmah atas ape yang berlaku

Zaidah berkata...

@Nur Hawa Mohd Zin yer lah awe..tak kan nak canang plak...tak elokkan...semoga dia tabah

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL