Kerana Kuat Makan...Ibu di buang

21.10.10

9 anak 'buang' ibu kuat makan

Memang tak masuk akal betullah....sanggup memperlakukan ibu yang mengandungkan dan melahirkan sampai macam tu sekali..nie anak tanggang ker anak tunggang terbalik....alasan yang tak munasabah...


JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.


Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.


Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.


“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.


“Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.


Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu. 

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya. 

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.

19 conteng-conteng:

idah @mama izzya berkata...

mmg jahanam la anak2 makcik tu..sampai ati wak gitu..

korang2 yg msih ada mak pak jgn la wat gitu..

Sidratul Muntaha berkata...

itulah org - porg tua selalu cakap
mak dan bapak bergolok bergadai membesarkan anak - anak,dengan nyawa dengan darah.
tapi anak - anak?!
moga Allah beri hidayah pada mereka.

Mama Fiyan berkata...

astagfirullah hal azim..mohon dijauhkan sifat derhaka terhadap ke2 ibu bapa n anak2.

lydzar berkata...

dorang tak pikir, masa dorang kecik2 dulu lagi kuat makan..ni mak sorang nk makan pon kena marah ke..
isk isk iss

berdoa agar anak2 kita layan kita dgn baik nnt..

~Miss Sukasih~ berkata...

sye bace sampai nangis...sedih la..smakin nak ke akhir zaman semakin ramai anak jadi anak derhaka..=(

az rina a.k.a jaijina berkata...

mintaklah mende² macam ni tak berlaku atas kita..nauzubillah..

takde perkataan yg boleh nak gambarkan perbuatan anak² camni..binatang pon tak buat macam ni..

rATu kEBaYA berkata...

sanggupnya anak tu memperlakuka mak diorang macam tu ye.. herm.. dunia.. duit lebih penting dari kasih sayang bagi org2 yg macam anak makcik ni

Zaidah berkata...

@idah @mama izzya tak tahu nak label anak jenis ape

Zaidah berkata...

@Sidratul Muntaha allah yang membalas setiap ape yang diorang lakukan

Zaidah berkata...

@Mama Fiyan janga sesekali berbuat demikian

Zaidah berkata...

@lydzar entahlah...agaknyer diorang nie masa kecik tak makan agaknyer sebab tu diorang marah kat mak diorang tu

Zaidah berkata...

@~Miss Sukasih~ tanda2 dunia nak kiamat...

Zaidah berkata...

@az rina a.k.a jaijina betul tu rina..binatang pun tahu erti kasih sayang....

Zaidah berkata...

@rATu kEBaYA duit tak bawak mati...doa ibu yang bawak kebahagian kepada anak dunia dan akhirat

mamalieyna berkata...

Ya Allah..sampainya hati...takkan selamat di akhirat Sana..

Mohon doa la banyak2, agar anak2 kita nanti, takkan berperangai macam ni...giler kejam dgn mak sendiri! Durhaka nih!

AngahSayang2314 berkata...

ya allah... tue la org cakap manusia ada binatang kan??? tapi binatang pun tahu sayang anak..& anak pun tahu sayang anak nie kan pula ee entah la susah nak cakap

Fieza79 berkata...

sampai nya ati anak2 tu kan..sanggup dicmpak kan ibu yg melahir kan dorang...

kmieja berkata...

sedihnyaaaaa.......:(:(

Momma Mia berkata...

Nauzubillah. Mintak dijauhkan anak2 kita cam anak dia kan.
sedihnyaaa...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL