Salah ker Wanita Kalau tak Pandai MASAK....

22.10.10




Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.


Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

25 conteng-conteng:

Fieza79 berkata...

btol2 setuju..setuju..

lydzar berkata...

setuju sangat jugak dgn perkara ni..

Momma Mia berkata...

tu la pasal kan
stuju bebenor la statement tuh
kalo tak reti heboh satu kampung u!

ashra berkata...

setuju2.hehe..
nest time,kalu laki2 ty,pandai masak,kita ty balik,boleh tak jadi imam? hehehe

Lelord berkata...

ritu lela pun penah wat n3 ni...
x salah kalau x pandai masak, kite leh belajar.
sebagai suami kalau xleh jd imam camne lak? tu nak salahkan sape lak

cam lela, mmg x pandai masak tp blajo...hehee blog2 masakan ade. n nasib baik asben mmg memahami. skang sket2 dah terer ekekeee

az rina a.k.a jaijina berkata...

setuju sangat..tak pandai masak leh blaja..

mamaaerish@eb berkata...

setuju sgt... ;p

AtieSalehah berkata...

setuju....once dah jadi wife/ibu...mesti akan pandai jugak, yelah nak bagi org tersayang makan kan?..

Sidratul Muntaha berkata...

zaman aperlah skunk nak ukur - ukur pmpuan tu pndai masak ker tak?!
setahu akulah..
laki suke pmpuan yg independent,tak mengada - ngada.
bajet lawa tapi suke mintak itu ini.
laki paling tak suke pmpuan gedik n kaki merajuk.
aku pun dulu tak pandai masak.
dah kwin,ok jer.
laki aku makin gemuk jer aku tgk.
yg pasti,bile suh buat itu ini,aku ok jer.
boleh uruskan sendiri.

Siti Ruhayu Ab Rahman berkata...

so....apa pun..rajin-rajin memasak..walau dulu tak reti langsung

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

kita org pompuan nie..x semua pandai masak. tapi bila dh kawen automatik pandai lepas tue. sedap x sedap ke lah...hehehehehe..mn yg x reti msk tue sebelOm kawen terus terang kat bakal suami tue. bila dah kawen x reti masak x de lah dia membebel. janji kita terus terang. kan??

Hamizah berkata...

tulah org tua juga yg cakap'setinggi mana pon wanita mesti ke dapor juga'..hehehe

Zaidah berkata...

@Fieza79 zai sokong 1001%

Zaidah berkata...

@lydzar samalah kita

Zaidah berkata...

@Momma Mia betul tu...anak sape...anak sipolan bin polan tak reti masak

Zaidah berkata...

@ashrastuju..setuju...

Zaidah berkata...

@Lelord betul tu lela...bleh belajar..tapi lelaki tak pandai jadik iman ape citer plak..

Zaidah berkata...

@az rina a.k.a jaijina betul tu

Zaidah berkata...

@mamaaerish@eb samalah kitakan..hehehe

Zaidah berkata...

@AtieSalehah betul tu....masa baru kawin memang tak pandai masak...tapi kita nak belajar pandai jugak akhirnyer

Zaidah berkata...

@Sidratul Muntaha btul tu...jangan harapkan laki aje...mcm laki aku tak pandai masa..klu aku tak reti masak jugak nak makan ape nanti...

Zaidah berkata...

@Siti Ruhayu Ab Rahman lastnyer ayu pun pandai memasak...bukak kedai makan lagi..

Zaidah berkata...

@..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. itu yang pentingkan...

Zaidah berkata...

@Hamizah memang dah kat situ lubuk emasnyer..hehehe

AngahSayang2314 berkata...

kak zai angah sokong apa yg akak kata kan... betul tue

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL