Kutipan Filem 2 Alam Sekadar RM230 Ribu, Jatuh Tersasar Dari RM40 Juta

25.11.10


Screen shot 2010 11 24 at 6.07.41 PM Kutipan Filem 2 Alam Sekadar RM230 Ribu, Jatuh Tersasar Dari RM40 Juta
Screenshot dari Finas
83 pawagam menayang’kan filem 2 Alam, namun Finas melaporkan jumlah kutipan sehingga hari ini (24 November) hanya mencapai sekadar RM230 000, jauh terlajak daripada cita-cita asal DDR yang menyasarkan RM40 juta.
Walaupun menerima 1000 macam publisiti daripada akhbar Kosmo & Hmetro, namun publisiti tersebut sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila di’hentaman pelbagai pihak, terutama’nya wartawan yang memberikan review negatif berkenaan filem 2 Alam.
Tergelak kami apabila ada rakan yang berkata, filem 2 Alam sebenarnya berkisarkan music video Ramli Sarip & Amy Search yang berdurasi 86 minit.
Macam mana pula DDR boleh berani bercerita soal kutipan RM2 juta pada hari pertama tayangan? Sedangkan filem Upin Ipin : Pengembaraan Bermula yang hebat pun perlukan 5 hari untuk mencapai RM2 juta. Sudah-sudah’lah DDR, jangan nak bodoh’kan penonton Malaysia, dan kaki google tempatan. Lambat-laun, terbongkar juga taktik DDR yang kami berani cop sebagai tidak jujur, lebih tepat, kaki temberang.

14 conteng-conteng:

Nazz@Purple berkata...

huhuhu..filem ni memang asyik kene kutuk abis ar..

Unknown berkata...

hmm sebab promo berdegar2 dari DDR, orang lagi meluat kot..kalau promo mcm filem2 biasa lain, mayb sama je reaksi penonton kan

Unknown berkata...

dah agak dah kak...mmg x 'jalan' lah citer nih....

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

mula² baca kat paper nak tergelak pun ada. bila dpt byk tue jer...x terkezut pun kak. kina bukan nak kutuk filem melayu..cuma kina nak kutuk dia jer, melayu yg belagak perasan bagus.

AngahSayang2314 berkata...

macam2 tentang filem nie kan?? lepas 1 satu kan???

Artzlizan berkata...

agak2 la kan....nak 40 juta...isk isk...

Ogy berkata...

tu lahh..uols lah takmo pi sokong pilem dia...mama dh ajak pi tgk dh ari tu..uols yg takmo...heheheehehe

r|nA @ ja|j|na berkata...

DDR ni syok sendiri..ramai yg cakap filem ni tah hape²..

hans berkata...

senang cakap jika product itu bagus...tak promote pun orang akan cari
tapi jika product hampeh..
promote la macam mana pun..
orang xkan mahu beli
macam tu la situasi filem 2 alam nih

P/S :Dasyat! Memang Dasyat! Kepada Lelaki! Awas Jika Anda Berjalan Keseorangan!

P/S : Kutipan Filem 2 Alam? Korang Tahu Ker Dah Berapa Juta? Meh Tengok Sini

εïзmmyHazaεïз berkata...

promo sangat 'hebat'... hehehe

MamaYatie berkata...

filem yg hebat tak memerlukan 'promo' yg 'hebat'..hehe

aiDieNa berkata...

Alalala.. sadis sungguh.. tingin pulak nak tengok.. betul ker teruk.. hehehehhh

Sricahaya berkata...

berangan nak pecahkan rekod filem kat pawagam kot..

syariza09 berkata...

x per, lps ni dia insap la tu :D

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL