Madu Ditangan Kananmu...Racun Di Tangan Kirimu...aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku....alamak nyanyilah plak...so kita baca kisah nie...sebagai pengajaran jangan jadik kacang lupakan kulit...harapkan pagar...pagar makan padi...
BUKTI ...Zahrah dan Abdul Aziz menunjukkan laporan polis dibuat berkaitan penipuan anak perempuan mereka.
JOHOR BAHRU: Niat murni sepasang suami isteri warga emas menerima kembali anak perempuan mereka, seorang bekas banduan yang mengaku sudah insaf, ibarat memberi madu dibalas racun apabila wanita itu memperdaya mereka sehingga rumah bakal dilelong manakala tanah dan barang kemas turut tergadai.
Menceritakan nasib malangnya, Zahrah Mohamad, 68, berkata, anak tirinya itu yang dikenali sebagai Maria sebelum ini terputus hubungan dengan keluarga selama hampir lima tahun dan pernah menjalani hukuman penjara dua tahun pada akhir 90-an atas kesalahan menggelapkan wang.
Menurut Zahrah, Maria adalah anak suaminya hasil perkahwinan pertama dan adik Maria, Aziham, 34, turut tinggal bersamanya dan suami, Abdul Aziz Ibrahim, 74.
“Sebelum ini, dia terputus hubungan dengan saya dan suami selepas memberitahu mahu berdikari dan tidak mahu membebankan keluarga.
“Bagaimanapun, dia kembali ke pangkuan keluarga pada 2008 dan menyatakan sudah insaf. Jadi, kami menerimanya dengan hati terbuka kerana yakin dengan kejujurannya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, belang Maria mula kelihatan apabila dia memujuk Aziham membuat permohonan pinjaman semula kediaman keluarga itu di bank dengan alasan mahu menyelesaikan masalah kewangannya.
Malah, Maria yang namanya sudah disenaraihitamkan bank turut mempengaruhi Zahrah supaya menyerahkan barang kemas bernilai RM3,000 dan berjanji menyelesaikan hutang berkenaan dalam tempoh beberapa bulan.
“Dapat saja wang pinjaman semula perumahan kira-kira RM100,000 dia terus menghilangkan diri dan kami dimaklumkan pihak tertentu dia bekerja sebagai kerani, tetapi menyeleweng duit syarikat RM100,000.
“Jadi, dia gunakan wang pinjaman semula rumah kami untuk bayar sebahagian daripada wang yang diselewengnya. Masalahnya, kini kediaman kami di Taman Universiti hampir dilelong bank kerana ansuran bulanan tidak berbayar sejak dua tahun lalu,” katanya.
Bagaimanapun, kata Zahrah, keluarganya bernasib baik kerana rumah dihuni itu masih tiada pembeli, namun bagi mengelak tindakan susulan bank, pasangan itu bercadang menjual tanah pusaka bagi melangsaikan hutang yang ditanggung.
“Namun kami sekali lagi terkejut apabila mendapati dia (Maria) sudah mencagar geran tanah itu kepada seorang kenalan tanpa pengetahuan saya mahupun keluarga. Apa daya saya dan suami yang sudah tua, kami hanya berendam air mata memikirkan dugaan dialami akibat sikap dia,” katanya.
Zahrah kemudian membuat laporan berkaitan penipuan Maria di Balai Polis Taman Universiti pada 8 Julai lalu manakala Aziham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan turut membuat laporan di Balai Polis Seri Alam, 12 Julai lalu.
Zahrah turut berharap ada pihak tampil membantu keluarganya bagi menyelesaikan masalah itu.
“Kami tidak mampu berpindah ke rumah lain sekiranya kediaman ini dilelong bank memandangkan saya mengalami masalah kaki bengkak selain suami berdepan masalah pendengaran.
“Kami tidak sanggup kehilangan rumah ini. Aziham juga bukan hidup senang, dengan pendapatan RM1,500 sebulan, dia perlu menampung perbelanjaan perubatan isterinya yang menghidap penyakit buah pinggang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Roslan Hassan yang dihubungi, semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan polis yang dibuat Zahrah serta Aziham dan siasatan mengenainya masih dijalankan.
23 conteng-conteng:
sedihnya ada ank sampai mcm ni sekali ..
sedangkan syurga di bawah telapak kaki ibu.. x kira ibu tiri @ tak... kita ttp harus menghormatinya
jahat sia anak itu tak kenang budi n untung betul
wani'azubillah... sampai hati buat ibubapa camtu... selaalunyer.. hidup anak xkan senang bila menyakiti hati ibu bapa....aper lagi wat camtu...insaf...
sampainya hati perempuan tu buat mak bapak dia macam tu...
Sedihnyer la kan..ape la salah ibu ayah kita sanggup wat cmtu..kerana wang..ish3....
sampai hati tul bt org tua cam tu..
org cam tu mmg tak leh percaya..
anak derhaka ni..smpai ati sguh buat mak ayah cmm tu...tkda hati perot...
mmg tak kenang jasa sgguh... nauzubillah...
hish.. anak apalah macam ni ye.. sgp buat org tua macam tu
ya allah apa nak jadi zaman sekarang nieeee
@LYaFRINAsanggup dia buat macam tu kan...
@Cik Jueharus di bakar hidup2....
@HALAMANKUbetul...sebabtu dikelilingi masalah kewangan
@LyNn HaMzAhdah tak ade perasaan langsung...
@~Miss Sukasih~berdosa besar tu...
@zue @ annaleeyamohon supaya anak2 kita dijauhkan....
@Sricahayabetul tu...
@Fieza79itulah namanyer anak derhaka moden...
@rATu kEBaYAanak tak gunakan...
@AngahSayang2314semakin hari semakin teruk sikap anak2 sekarang....mintak dijauhkan...amin...
Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.
- David
sedih saya membacanya... harap anak itu diberi kesedaran sebelum terlambat..
Catat Ulasan