'Iza harus pergi'

1.12.10

'Iza harus pergi'


KUALA LUMPUR: “Ia mungkin perkara paling bodoh dalam hidup saya, tapi percayalah, saya berjuang untuk mendapat yang terbaik. Saya sayangkan kamu semua, tetapi saya harus pergi.

“Ini mungkin hari paling sukar dalam hidup saya, tetapi saya tidak akan menoleh ke belakang,” luah seorang gadis dalam blognya sebelum menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang pensyarah lelaki berusia lewat 50-an ke Kochi di negeri Kerala, selatan India.


Nur Afiza Mohd Mantali, 21, anak keempat daripada lima beradik menulis pesanan berkenaan di dalam blognya sehari sebelum dikesan meninggalkan negara ini dipercayai untuk bersama lelaki terbabit yang juga seorang bekas pensyarah perubatan warga India di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Sarawak.


Menurut abangnya, Zuhaili, 29, mereka sekeluarga kini kebimbangan berikutan adiknya yang mesra dipanggil Iza tidak dapat dihubungi sejak kehilangannya pada 1 November lalu.


Katanya, kegagalan untuk menelefon Iza juga menyebabkan mereka sekeluarga terfikir pelbagai kemungkinan buruk termasuk Iza dijadikan keldai dadah dan lebih teruk akidah gadis itu akan terpesong.



“Saya tak mengenali lelaki itu, tapi ibu (Hasimah Brahim, 48,) memberitahu Iza pernah membawa lelaki terbabit ke rumah di Kuching, Sarawak, pada bulan puasa lalu dengan memperkenalkannya sebagai kawan.



“Iza juga pernah memberitahu adik bongsu mengenai lelaki itu yang didakwanya seorang pensyarah kontrak di sebuah IPT di Sarawak dari tahun 2007 hingga 2009,” katanya yang ditemui di sini, semalam.


Menceritakan kejadian pada 1 November itu, Zuhaili berkata adiknya memberitahu mahu ke rumah kakaknya di Batu 7, Lundu, Sarawak.

“Ibu langsung tidak curiga kerana setiap bulan Iza akan menziarahi rumah kakak. Bagaimanapun, tiga hari kemudian, ibu bimbang Iza langsung tidak menelefon.


“Ibu menghubungi kakak Iza dan terkejut apabila mendapat tahu dia tidak ke rumah berkenaan,” katanya.



Menurutnya, bimbang keselamatan Iza yang ketika itu sudah lima hari tanpa khabar berita, ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada 5 November lalu.



Zuhaili berkata, dia melakukan pemeriksaan di terminal lapangan terbang dan Jabatan Imigresen sebelum pihak terbabit mengesahkan nama Iza ada dalam rekod senarai penerbangan keluar ke Kochi, India, sehari selepas meninggalkan rumah.



Pemeriksaan lanjut di blog Iza juga, katanya, mendapati gadis berkenaan ada meninggalkan pesanan seolah-olah akan pergi jauh.



Zuhaili berkata, dia juga cuba bertanya mengenai adiknya kepada lelaki itu di laman Facebooknya, tetapi tiada jawapan, malah akaun itu didapati sudah ditutup.



Katanya, bimbang keselamatan adiknya itu, dia merujuk perkara berkenaan ke Wisma Putra dan Kedutaan India di Malaysia, namun masih tiada perkembangan sehingga kini.



“Kami khuatir kesihatan Iza yang menghidap asma akan terjejas. Selama ini, tiada siapa yang tahu dia mempunyai masalah itu kerana Iza hanya rapat dengan ibu, malah masih tidur bersama ibu sehingga sebelum kehilangannya.



“Harapan kami semoga Iza kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Itu saja. Kami difahamkan ada satu tempahan tiket yang dibuat atas nama Iza dari Kochi ke Kuching pada 8 April 2011, tapi tak tahu sejauh mana kebenarannya kerana setakat ini belum dapat berhubung dengannya secara langsung,” katanya.



Sehubungan itu, Zuhaili berharap pihak berkuasa membantu dia dan keluarganya membawa pulang adiknya ke negara ini dengan selamat. Sebarang maklumat boleh hubungi beliau di talian 012-8892184.


12 conteng-conteng:

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

bahaya tuu..seram lak dengor
dah kene jampi ka apa tu..uhuhu
nauzubillah jd kat ahli keluarga sendiri kan kak zai..

Hamizah berkata...

x pk pjgla bdk2 sekrng ni..

Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil berkata...

uikssss budak2 sekarang.. teringin plak nak g terjah blog anak dara sowang ni.. agak2 apa link add dia erk.. isk isk..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

budak² sekarang sanggup tinggalkan family yg telah besarkan dia kerana seorang lelaki yg baru kenal setahun dua.

az rina a.k.a jaijina berkata...

lagi² lari ikut laki..isk, tak amik iktibar lah depa ni..

rATu kEBaYA berkata...

erm.. kenapalah mcm tu sekali pemikiran dia ye.. sanggup tgl keluarga..

Zaidah berkata...

@rose --{@ ibuRafiq @}--takut diorang nie sengaja mempergunakan gadis untuk menjual dadah ajelah rose

Zaidah berkata...

@Hamizah sanggup tinggalkan keluarga gie ikut jantan

Zaidah berkata...

@Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqilyer lah ina...klu dapat tahu blehterjah blog dia kan

Zaidah berkata...

@..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::..jantan kaberat...

Zaidah berkata...

@az rina a.k.a jaijinakot dah kena ubat guna2...main ikut aje cakap...

Zaidah berkata...

@rATu kEBaYAdah kena pukau dah tak ingat dah

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL