Cepatnyer Aku Terima Maklumbalas....

6.1.11

Baru tadik aku check email....n aku dah dapat maklumbalas tentang aduan aku mengenai sampah kat kawasan perumahan aku...so cepat jugak diorang feedback...sebab semalam aku report hari nie dah dapat maklumbalas...tapi tindakannyer kena tengoklah macam manakan....masih dalam observed lagi...hehehe...

inilah dia maklum balas daripada pihak Majlis.... yang diorang balas melalui email...


aduan mengenai sampah
From:
Aduan MPKU 
Add to Contacts
To:sendayu1@yahoo.com.my

Assalamualaikum wrt. wbt.
 
Terima kasih kerana menggunakan email rasmi ini bagi aduan yang disampaikan;
 
Pihak pentadbiran telah mengambil maklum perkara ini dan merujuk kepada Pengurusan SWM selaku kontraktor angkat sampah kawasan kejiranan puan.
 
Tindakan serta merta bagi siasatan dan pembetulan akan dilaksanakan bagi memastikan perkara ini diambil tindakan yang lebih tegas terhadap konsesi.
 
Pihak MPKu meminta maaf diatas kesulitan Puan, dan akan memberi perhatian terhadap perkara yang diadukan.
 
Sekiranya terdapat aduan bagi perkara ini, pihak puan boleh juga berhubung terus dengan :
 
HOT LINE SWM = 1800222800
SWM KULAI      = 076626213
MPKu (Aduan Awam) = 076631511
 
Sekian, terima kasih.
 
Unit Perhubungan Awam,
Majlis Perbandaran Kulai.
 
Sistem E-Aduan MPKu,
Majlis Perbandaran Kulai,
Jalan Pejabat Kerajaan,
81000 Kulai,
Johor.

 
-----Original Message-----
From: "Majlis Perbandaran Kulai"
To: "Aduan MPKU"
Date: Thu, 06 Jan 2011 11:08:14 +0800
Subject: aduan mengenai sampah


 

 
-----Original Message-----
From: mpku@johor.gov.my
To: mpku@johor.gov.my
Date: Wed, 5 Jan 2011 16:07:30 +0800 (GMT+08:00)
Subject: CadanganSuggestions


Saya hendak buat aduan tentang sampah-sampah yang hanya diangkut seminggu sekali dan kekadang tu seminggu dua kali.  Ini menyebabkan sampah berkenaan berselerakan akibat plastik sampah berkenaan telah dikoyakkan oleh anjing atau kucing yang tidak bertuan.  Apabila hujan, menyebabkan sampah lagi cepat berbau busuk dan berulat.  Bila sudah berulat menyebabkan lalat berkeliaran dan adakalanya burung gagak terdapat dikawasan perumahan kami.  Setahu saya bila burung gagak banyak menandakan kawasan tersebut kotor.  

Rata-rata penaksiran cukai pintu telah dinaikkan.  Tapi perkhidmatan mengangkut sampah tidak berkesan.  Janganlah penaksiran dinaikan tapi perkhidmatan yang kami terima tidak ada sebarang perubahan.  Makan duit rakyat namanya tu.  Saya tak pasti sama ada penduduk ada membuat aduan atau tidak.  Tapi saya memang tak berpuashati dengan keadaan ini. Diharap dapat diambil tindakan dengan kadar segera.

19 conteng-conteng:

LYaFRINA berkata...

heheehe.. mujurla prihatin.. tp harap tindakan pon xpress jugokla kan

MamaYatie berkata...

harapnya actionnya selari dengan kepantasan mereka bg respon..bukan janji2 palsu yer..

Zue AnnaLeeya berkata...

hrp2 tindakan pon cepatla kan??? jgn janji palsu sudahhh...

|| NaFiRaa || berkata...

wahhhh.. bagus!! pasni kalo x de tindakan.. boleh buat komplen kat aduan rakyat plak.. lagi cepat tindakan di ambil..mueheheh

Miss Izah Mohamed berkata...

feedback emel mmg awal. takut action nye lembab.. huhuh

Unknown berkata...

Salam ziarah daripada atok~~~
=)=)

Azian Elias berkata...

Dasat gak org Johor wat keje ye.. Syabas!!

syariza09 berkata...

slalunya respo jer cpt, action pula mcm siput sedut...tunggu je lahh

Naimah SiDiK berkata...

harap2 feedback secepat reply email yee.... humm tp itulahkan kita as rakyat mmg kena wat cam gini .. br pihak tertentu tahu apa masalah..

Zaidah berkata...

@LYaFRINAamin....

Zaidah berkata...

@MamaYatiediharap macam tulahkan...

Zaidah berkata...

@zue @ annaleeyaklu janji palsu zai akan buat kat aduan rakyat..

Zaidah berkata...

@|| NaFiRaa ||betul tu...pasti hantar ke sana

Zaidah berkata...

@Miss Izah Mohamedberharap tak macam tulahkan

Zaidah berkata...

@Izwan Ikhmalsalam kenal kembali...

Zaidah berkata...

@Yanterima kasih...huhuhu

Zaidah berkata...

@syariza09klu lembab memang nak kenalah tu...

Zaidah berkata...

@Naimah SiDiKbetul tu jangan ingat senang ajekan...

Tanpa Nama berkata...

bagus,bagus bagus kata ipin.harap tak mengecewakan hasilnya..kalau dorg lambat kutip..masaklah ngan bau busyukk=)

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL