Gemok....tak Habis2....

2.1.11


Bila aku merasakan diri aku gemuk....memang ko 
(aku) gemokkkkkkkkkkk.....sedih...huhuhu...api rupanyer ramai jugak rakyat Malaysia yang gemokkkk......



Ketika saya membaca akhbar Kosmo 16 November lepas, saya tertarik dengan isu utama muka depan, 'Malaysia negara orang gemuk.'
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa 16.8 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah kegemukan dan 8.4 juta daripadanya diketegorikan sebagai 'obese.'
Jadi, memandangkan saya terlibat secara lansung dalam industri kesihatan dan kecergasan sejak beberapa tahun lalu, saya ingin kongsikan pengalaman saya.
Benarkah 16.8 Juta Rakyat Malaysia Gemuk?
Mungkin. Tetapi itu bukanlah satu kejutan. Obesiti atau masalah berat badan adalah masalah sedunia.
Tiga Punca Masalah Berat Badan di Malaysia
Yang pasti, terdapat banyak faktor yang menyebabkan 8.4 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obese.
Gaya hidup, pemakanan, kehidupan yang terlalu selesa dan lain-lain.
Tetapi ia merupakan masalah semua orang tidak kira samada di Malaysia, Jerman mahupun Amerika Syarikat.
Jadi, jom kita lihat 3 punca yang akan saya kongsikan.
01.Tiada Know-How
Saya rasa tidak perlu untuk mengingatkan semula orang ramai untuk kepentingan menjaga berat badan kerana semua orang pasti tahu.
Kesedaran itu sudah ada pada semua orang.
Tetapi kesedaran tanpa know-how atau ilmu penjagaan berat badan, usaha itu sia-sia.
Kalau orang ramai di Kuala Lumpur mahupun di luar bandar ditanya tentang keperluan kalori seharian masing-masing, saya rasa 90% tidak tahu.
Jadi kalau asas pengetahuan itu tiada, memang hampir mustahil untuk mengawal berat badan.
Tapi salah siapa? Adalah salah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Not at all! Ia adalah salah diri sendiri.
Penjagaan kesihatan adalah tanggungjawap masing-masing.
Tidak perlu bergantung kepada sesiapa!
02.Matlamat Penurunan Berat Badan (Weight Loss) Tidak Realistik. 
Ini masalah kerap kepada mereka yang beratnya telah mengingkat over time... mungkin berat badan naik sebanyak 10 kg dalam 10 tahun. Itu kadar yang amat perlahan.

Tetapi apabila seseorang itu ingin kurangkan berat pula, jarang ada yang nak tunggu 10 tahun.
Semua nak kurangkan dengan cepat! Kalau boleh 10kg dalam 10-12minggu.
Soalannya bole ke? Bolehkah seseorang kurangkan berat badan dengan cepat?
Jawapan mudah: BOLEH tetapi kebanyakkan orang tidak menpunyai know-how dan disiplin untuk menjayakannya... jadi mereka cepat putus asa dan serahkan berat badan kepada takdir!
03.Suka Bergantung Kepada Pihak Ketiga. 
Orang ramai di Malaysia sangat suka dengan impian kuruskan badan dengan cepat melalui produk-produk komersial seperiti slimming centers, gelang tangan, supplement dan jurulatih peribadi.

Sekali lagi di sini, rakyat Malaysia inginkan jalan mudah dan cepat.
Mereka tertipu dengan kata-kata pemasaran seperti gambar-gambar "before and after".
Kenapa tertipu? Yang pasti, tanpa pemakanan asas yang betul, senaman yang berterusan dan perancangan masa panjang, tiada produk or slimming center akan dapat menyelesaikan masalah 16.8 juta rakyat Malaysia yang kegemukan.
Bagaimana Nak Atasi Masalah Kegemukan?
Bagi saya hanya ada satu solusi yang akan menjanjikan hasil jangka masa panjang yang diingini.
Individu perlukan ilmu asas tentang pemakanan dan cara mengurangkan berat badan yang kukuh.
Dengan adanya asas yang kukuh ini, pengguna akan dapat mengawal pemakanan yang membuat penukaran gaya hidup yang berkekalan.
Jangan fikir nak kurus cepat. Yang penting individu itu pandai megawal diri.
Kawalan perlu ada dalam diri sendiri dan bukan pada tempoh program slimming mahupun adanya stok bekalan supplement.
Malah dengan adanya know-how ini, pengguna tidak cepat tertipu dengan kata-kata manis produk-produk komersial.
Pemakanan dan senaman perlukan kualiti... tetapi ia hanya mungkin dengan adanya know-how.
Salah Diri Sendiri
Apapun, mengurangkan berat badan bukanlah suatu perkara yang susah.
Tapi kalau diabaikan ilmu itu, sememangnya ia adalah salah diri sendiri. Jadi, 16.8 juta rakyat Malaysia perlu take it into their own hands untuk mengubah masa depan. That is the only way. Just do it!

14 conteng-conteng:

bardboo berkata...

kene slow2 turunkan berat bdn..xblh terlalu drastik

Hamizah berkata...

nak naik senang, nak turun punyalah susah..

ch@ berkata...

mungkin sebab negara kita ni mudah sangat dpt bekalan makanan, lepas tu kita kalau dah makan mana nak ingat kiri kanan kecuali bila tang dah kenyang.

cik emymilia berkata...

azam CE tahun ni nak turun berat badan...he he he

sarah-najwan berkata...

saya punyalah susah nk gemuk..huhu
seme org nk kurus...saya lak terbalik..

xpe..yg penting kita sihat sepanjang masa..

♥CIK SHA♥ berkata...

tu la..selalu orang silap kan tentang nak kuruskan badan..sebenarnye perlu ada plan yg teratur..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ berkata...

samalah masalah kita jugak dari ari tu kata nak kuruskan badan tapi tak kurus2 gak

Zaidah berkata...

@bardboobetul tu...klu tak mesti terkejut badan...

Zaidah berkata...

@Hamizahyer lah....makan skit...tapi naiknyer banyak...huhuhu

Zaidah berkata...

@ch@umpama mak mertua lalupun tak sedar...

Zaidah berkata...

@cik emymiliajom sama2 kita trunkan berat badan

Zaidah berkata...

@sarah-najwanyang penting kita sihat...tapi klu dah terlebih sihat tu yang gemok...

Zaidah berkata...

@♥CIK SHA♥betullah...selalu main hentam aje..

Zaidah berkata...

@♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥bila timbang semakin berat...bukan semakin kurus...huhhu

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL