Jadilah Anak Jantan

18.1.11

Jadilah anak jantan yer kepada yang lelaki tu....jangan jadik sebaliknyer....

gambar oleh en. google


Izra adalah teman sebilik anak perempuan saya di  hostel. Sebagai seorang siswi yang tinggal jauh daripada ibu dan  bapanya, Izra kerap berkunjung ke rumah saya pada hujung minggu. Itupun  sekiranya dia tidak keluar berdating dengan teman lelakinya. Oleh kerana  dia kerap datang ke rumah, selalu juga saya bersembang dengannya.

Pada  suatu hari, Izra tampak muram. Lama sangat murungnya. Saya mengagak  remaja sepertinya tidak mungkin bermuram begitu lama jika tidak kerana  bermasalah dengan teman lelakinya. Oleh kerana risau dengan  kerisauannya, saya mula menyelidik. Benar. Soalan saya dijawab dengan  anggukan yang lemah, tanda dia tidak berdaya berdepan dengan problemnya.

Mengikutnya,  semakin sehari, teman lelakinya kian bergantung kepadanya. Mula-mula  sekadar meminjamkan buku-buku rujukan, kemudian teman lelakinya meminta  pula nota-nota kuliah untuk disalin apabila dia ponteng. Sebagai teman,  Izra ingin sekali membantu orang yang disayangi.

Namun, semakin  sehari, teman lelakinya semakin [B]menyalahgunakan kebaikan gadis[/B] itu.  Bermula dengan belanja makan, si teman lelaki sudah mula meminta Izra  membuat top-up telefon bimbitnya, meminjamkan wang, membelikan  pakaian dan akhirnya membasuhkan juga pakaiannya. Izra bukan sahaja  menjadi teman wanita, tetapi akhirnya menjadi peminjam wang dan juga  tukang dobinya.

Saya nasihatkan Izra agar berfikir panjang  mengenai masa depannya sebagai siswi. Sebagai orang yang belum bergaji,  dia perlukan setiap sen wang PTPTNnya untuk menampung kos pengajiannya.  Dia tidak boleh menanggung orang lain, apatah lagi seorang teman lelaki.  Ya. Seorang lelaki.

Apa yang dihadapi oleh Izra menjadikan saya  kian bimbang dan rimas. Ini adalah kerana, semakin sehari, saya makin  kerap terdengar cerita lelaki-lelaki yang bukannya anak jantan. Golongan  ini adalah jenis yang lemah semangat dan pendirian. Mereka tidak  berkeupayaan untuk berfikir dan memajukan diri. Berwawasan jauh sekali.

Saya  teringat satu insiden beberapa tahun dahulu. Rakan sepejabat saya,  Fazli menjawab telefon dengan suara tinggi dan membentak-bentak. Setelah  meletakkan telefon, saya bertanya Fazli, apa yang membuatnya menyinga.  Katanya, dia menerima panggilan bekas teman serumahnya, si polan yang  hendak meminjam wang.

Fazli begitu marah kerana kawan  lamanya itu sudah pun bekeluarga. Perangainya suka meminjam wang dan  berhutang telah menjadi karakternya. Padahal, gajinya lebihkurang sama  dengan Fazli. Kata-kata Fazli itu masih terngiang-ngiang di telinga  saya,

"Sampai bila dia nak hidup dengan meminjam dan  berhutang? Dia sudah ada keluarga, bukannya masih bujang! Bukan anak  jantanlah, kalau hidup masih ditanggung orang!"

Di kalangan anak muda, golongan lelaki yang bukan anak jantan, hanya menghabiskan beras.

Mereka  [B]bukannya memilih kerja, malah tidak mahu bekerja langsung[/B]. Mereka  enggan membantu kerja-kerja di rumah walaupun sekadar menolong  menghantar adik ke sekolah. Mereka lebih suka berlingkar di tempat tidur  di sepanjang hari kerana mereka manusia malam.

Ada juga lelaki yang  sepatutnya menjadi ketua keluarga lebih suka membiarkan si isteri  menanggung segala perbelanjaan seisi rumah. Sewa rumah, bil api, air,  astro dan perbelanjaan dapur semuanya ditanggung isteri. Gajinya  hanyalah untuk dirinya sendiri.

Keadaan pada hari ini  di mana si isteri turut bekerja bagi menampung ekonomi keluarga turut  menjadikan lelaki yang bukannya anak jantan, naik lemak. Sikap baik si  isteri ingin membantu akhirnya menjerat diri. Akhirnya, memberi nafkah  kepada keluarga sudah beralih kepada si isteri.

[B]Lelaki  sebegini mempunyai pandangan yang terbalik[/B]. Dia menjadi ketua keluarga  atas kebetulan semata-mata. Entah-entah kahwinnya juga disponsor  sepenuhnya oleh ibu dan bapa. Dia tidak tahu peranan, tanggungjawab dan  kewajipan sebagai ketua.

Mereka mungkin sekali tidak  menerima didikan mengenai peranan lelaki sebagai ketua, pemimpin dan  suami daripada ibu bapa. Kelelakian adalah pembinaan peribadi tidak  terdapat dalam sukatan pelajaran sekolah. Kerana itu, ibu bapalah yang  seharusnya mencorakkan mereka agar menjadi lelaki yang sebenarnya,  mengikut fizikal, mental dan perwatakannya.

Bila tiada  didikan, golongan ini tidak tahu peranan mereka. Lalu mereka berbuat  sesuatu mengikut suka hati. Akhirnya mereka menjadi lelaki-lelaki yang  tiada kekuatan jiwa, rasa ingin merdeka untuk mencari rezeki sendiri dan  ingin menguasai dengan menjadi pelindung keluarga yang mereka ketuai.

Oleh  kerana lemahnya fikiran untuk belajar daripada suasana sekeliling,  memperoleh ilmu melalui pembacaan dan mendapat iktibar melalui tatapan  di TV mahupun internet, mereka tidak tahu yang mereka tidak tahu  pentingnya ilmu menjadi anak jantan. Akhirnya mereka bukannya menjadi  pemberi, sebaliknya hanya menjadi peminta, sama ada kepada kekasih,  isteri mahupun ibu sendiri.

Dalam pada itu, [B]masih  ramai lagi lelaki yang mempunyai sifat-sifat anak jantan[/B]. Lihatlah  mereka yang bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, peneroka, drebar  teksi, askar dan apa jua kerja-kerja yang memerlukan tenaga tulang empat  kerat. Walau betapa susah dan payahnya mereka, dapur di rumah sentiasa  berasap dan anak-anak mereka cemerlang di dalam pelajaran.

Jika  direnung, pertambahan lelaki yang tidak bersikap seperti anak jantan [B] berpunca daripada kita yang sudah hidup selesa[/B]. Tentu sekali kita selesa  hari ini kerana bermula dengan kepayahan. Bila sudah senang, kita tidak  mahu anak-anak kita susah seperti kita dahulu.
Lalu kita tidak mahu melasak anak kita dengan kesusahan dan kepayahan.

Tanpa  kita sedari, [B]anak-anak kita dimanjakan[/B]. Bangun pagi dikejut, tidurnya  didodoi. Ke sekolah dihantar dan kembalinya dijemput. Mereka hanya duduk  goyang kaki dan makan tidur di rumah. Sebiji pinggan pun mereka tak  perlu mereka basuh. Biar ibu atau bibi sahaja yang menguruskan.

Jika  kita inginkan anak-anak yang teguh personalitinya, [B]kita harus berani  memberi kesukaran kepada anak-anak[/B], khususnya anak-anak lelaki. Latihan  yang mensasarkan kepada pembinaan fikiran sudah terlalu banyak  ditumpukan. Apa yang perlu dititikberatkan pula ialah latihan untuk  membina fizikal.

Latihan kelasakan, keberanian,  kecekapan dan ketangkasan fizikal perlu dijalankan seiring dengan  latihan mental. Ertinya, kita perlu latih anak kita berlari, melompat  dan memanjat. Mempekakan naluri kelelakian ini akan melahirkan lelaki  yang bersikap seperti anak jantan!

sumber : iluve Islam.com


11 conteng-conteng:

good_boy berkata...

huhu...nak jadi anak jantan..xnak jadi ayam jantan..
btw,sy org felda inas.bkn org bdr putra.tp mase skola duk uma abg kat situ ;)

LYAfrina berkata...

y perempuan pula.. bila dh tlalu sygkan smpai sgup buat smua tu.. tp jgn tgadai amruh sudah

Eray Majid berkata...

huhu tuh lar bile lelaki dah tak jantan, sampai wanita lak jadi jantan. ye lar sbb lebih kuat mental & fizikal. mungkin sudah akhir zaman...

mamaarifakeemaisy berkata...

panjang pulak zai, kena mai lg singgh baca..mas terhad ni..huhu..

apa2pun memang setuju, harus jd anak jantan yg sejati!!

perjalanan pulang berkata...

hati sudah suka

Hamizah berkata...

benci llk yg tak bertanggungjawab..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis berkata...

kak, nak mintak tolong tutorial la, on YM tak?

Aliesha Kirana berkata...

aah...xske laki yg cmtu...mempergunakan perempuan utk kepentingan diri. xde rase nk hormat n saling tlg menolong..

Ogy berkata...

huhuhu selalu kalo dh syg..kita ikutkan je kehendak org lelaki ni..tp takleh lah mcm tu...mula2 dh bg muka sgt..nnti makin menjadi2..kenalah bertegas...huhuhu

CuTeMiUt78 berkata...

eemmm gitu la org perempuan kan.. terlalu menyayangi... tapi memang tak blh nak bagi muka sgt.. nanti.. anak jantan tak menjadi jaguh plak

Unknown berkata...

Boss kfc tjmart tolong pantau staff bangang kau tu. Oder lain dapat lain. Ayam busuk dah hitam. Macam tu ke kfc? Lagi bagus ayam goreng tepi jalan. Bodo

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL