Telur....Telur...Telur....

7.1.11

Telur apa tu yerk....hehehehe....haaaaa blushing muka....pernah rasa telur tak...apa rasanyer....hehehe....

klu korang masak telur korang basuh dulu tak....klu aku mesti basuh tapi klu kat kedai tu tawakal ajelah....aku teringat kat sorang ustaz tu...dia tak akan makan telur yang dimasak dikedai2...sama ada roti canai telur...telur rebus dan ape aje yang berkaitan dengan telur sebab dia kata takut telur yang diorang masak tu tak dibasuh terlebih dahulu....hehehe...klu aku bantai aje...tapi klu aku masak memang kena basuh...

so nak citer pasal telur lagi....aku dapat email berkaitan hukum berkaitan dengan telur binatang


Al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal rahimahullah (1277H- 1352H)menyebutkan di dalam kitabnya عمدة المفتي و المستفتي mukasurat 31 bahawa al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah telah menyebutkan di dalam kitabnya تحفة المحتاج berkenaan telur segala jenis binatang(sama ada binatang tersebut jenis yang halal dimakan atau tidak) adalah halal dimakan. 

Tetapi jika telur tersebut beracun seperti telur ular maka hukumnya adalah haram dimakan kerana bahaya yang terdapat padanya.Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Qalyubi rahimahullah.

Manakala permasalahan berkaitan telur ayam pula terdapat perbahasan yang terperinci dilakukan oleh al-Imam Nawawi rahimahullah (631H-676H)di dalam kitab Majmu’.Saya akan bahaskan perkara ini mengikut tajuk seperti berikut:


TELUR YANG TERDAPAT DALAM PERUT AYAM YANG TELAH MATI

Terdapat tiga pendapat para ulama bermazhab Syafie di dalam perkara ini:

1. Jika telur itu telah keras kulitnya di dalam perut ayam tersebut maka hukumnya adalah suci.Manakala jika ianya masih lembut @ lembik maka hukumnya adalah najis.Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Mawardi,al-Imam Ruwiyani ,al-Imam al-Syashi, al-Imam Syirazi, al-Imam Nawawi dan lain-lain rahimahumullah.

2. Pendapat kedua mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan bersih.

3. Pendapat ketiga mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan najis.

Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, kulit telur ayam tersebut(yang telah mati itu) dihukumkan najis tanpa sebarang perselisihan pendapat dikalangan para ulama.Ini bermakna kita perlu membasuhnya terlebih dahulu sebelum memakan telur yang diambil daripada perut ayam yang telah mati.


Manakala telur ayam yang keluar daripada ayam yang masih hidup ,adakah kulit telur tersebut dikira najis?


Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.

Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.

Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya. 

Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.

Sikap berjaga-jaga amatlah dituntut di dalam masalah ini.

Semoga semua sidang pembaca dapat mengamalkan dengan baik.

Rujukan:

1. Al-Majmu’ Syarah Muhazzab oleh al-Imam Abu Zakaria Muhyiddin al-Nawawi jilid 1 mukasurat 132 cetakan Darul A’lam al-Kutub.

2. Umdatul Mufti wal Mustafti oleh al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal jilid 1 cetakan Darul Hawi.


ad sorang ustaz pegawai JAKIM bhgian halal haram... dye ad dtg bg cramah pasal halal haram.. antara yg dye sntuh pasal hukum mkn tlur yg x dbasuh dahulu adlh haram... ni la sy dpt sbg sdikit bkti... tolong p'baiki klo slh.. tkot nnt slh.. slamat b'amal...

sumber : halaqah

16 conteng-conteng:

MamaYatie berkata...

time kasih kongsi pengetahuan baru..tp saya mmg amalkan basuh telur tiap kali lepas beli..br masuk fridge

|| NaFiRaa || berkata...

info yang sgt berguna.. lepas nih kena lebih berhati.. TQ..:)

fiza berkata...

Info yg sgt menarik :-)

Saya pon basuh dulu sbelum goreng.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Of coz sebelum masuk peti ais kena basuh terlebih dahulu. I pun sama la dgn Ustaz tu.. tak makan roti telur kat kedai sbb membayangkan sesuatu.

shi3la berkata...

kak ader jenguk belog haku tak..?ader prasaan tak n3 cenderahati tue..ader sesuatu utk akak..kalo sudi terima kasik la alamat pader haku yer..TQ

eh sory kak terkeluar dr tajuk posting lak..hiks

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Good Info...

Mestilah kena basuh dulu telur tu..Tp klu kat kedai kena tawakal je lah.. :)

umialya berkata...

mesti basuh tapi kat kedai.. tengok main ambil je terus dr 'tray'

zarin berkata...

kat rumah memang basuh dulu and kalau kat kedai yg biasa pegi, kami tanya, telur tu basuh tak...kalau dia jwb basuh kami mkn la tp kalau dah nampak dia amik frm tray tu memang confirm tk order roti telur/canai

Zaidah berkata...

@MamaYatiesamalah ngan kita....

Zaidah berkata...

@|| NaFiRaa ||yer betul...

Zaidah berkata...

@fizagelikan klu tak basuh...

Zaidah berkata...

@Miss Mirror a.k.a Samalamak.....nie yang geli nak makan nie...

Zaidah berkata...

@shi3laakak betul2 tak perasan...sorry shiela...tapi akak dah email dah...

Zaidah berkata...

@umialyatu lah pasal...geli tau..

Zaidah berkata...

@LiLy @ MumMyQiStInAyer lah lily...anggaplah telurtu bersih..

Zaidah berkata...

@zarinkena makan roti canai kosong ajelah...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL