Melangsungkan pertunangan pada 13 September tahun lalu, Memey dan pelakon kacak, Norman Hakim dikhabarkan akan melangsungkan pernikahan mereka pada masa terdekat ini. Mengakui masih berada dalam proses perbincangan tentang perkahwinan, jelas Memey, mereka sudah ada dua tarikh yang sesuai. "Awalnya saya memilih untuk nikah pada 11 November ini, tapi setelah pulang ke rumah abang (Norman) minggu lepas, untuk berbincang dengan keluarganya tentang tarikh pernikahan ini, ibunya meminta agar tarikh pernikahan dicepatkan. "Kalau boleh keluarga abang mahu kami bernikah pada bulan Julai, tapi bila kami periksa semula tarikh pada bulan tersebut, jadual kami terlalu padat. Kebetulan pula,bulan Ogos sudah masuk bulan Ramadan dan Syawal, jadi nanti kami perlu sediakan dua persiapan serentak. "Dan akhirnya, kami pilih tarikh yang terdekat iaitu 23 September. Ini hanya permintaan keluarga sebelah abang, tapi saya masih belum berbincang dengan keluarga saya lagi. "Esok emak saya akan datang ke Kuala Lumpur, begitu juga dengan ibu abang Norman, jadi kami akan bertemu untuk memilih tarikh yang sesuai antara 23 September ataupun 11 November,"jelas Memey. Di tanya tentang tarikh-tarikh berkenaan, jelas Memey dia lebih memilih 11 November berbanding 23 September kerana bimbang dengan persiapan yang akan dilakukan. "Kalau ikut diri saya, saya lebih memilih 11 November. Bukan sahaja kerana tarikhnya yang cantik tapi juga disebabkan masa yang lebih panjang untuk saya membuat persiapan. "Tapi saya perlu membuat pertimbangan dengan cadangan kedua-dua belah keluarga nanti, dan jika berlangsung pada 23 September sekalipun saya tetap bersetuju. Lagi cepat perkara ini selesai, lagi bagus,"jelasnya lagi. Persiapan Berbicara tentang perkahwinan, sudah pasti Memey kini sibuk menguruskan persiapan untuk hari bahagianya nanti. "Tak banyak persiapan yang telah dibuat, tapi saya sudahpun senaraikan perkara-perkara yang wajib dilakukan supaya ia tidak ketinggalan dan menyusahkan di kemudian hari. "Saya banyak bertanya pada abang Norman tentang majlis, tapi malangnya dia sudah tidak ingat lagi tentang persiapan yang pernah dilakukan dahulu. "Untuk konsep persandingan, saya pilih untuk berkonsepkan taman moden, tetapi majlis ini diadakan di rumah saya di Johor. Di Kuala Lumpur mungkin hanya majlis untuk kawan-kawan terdekat dan keluarga abang Norman,"jelasnya lagi. |
Pesan pada hati
7 bulan yang lalu
7 conteng-conteng:
semoga bahagia hingga ke anak cucu..
kalo dah jodoh.. tiada apa y blh menghalang
tq sudi singgah & follow BSB..
semoga kekal ke anak cucu
alhamdulillah
cecepat la kawen norman-memey.. tingkatkan preastasi, kurangkan kontroversi
cepat2 la kawen...xminat sgt memey nie.
same.. x minat memey.... kawen je la.. byk lak citernya kan
Catat Ulasan