Cacing dan Ujikaji

16.6.11

Rakan-rakan lain dah banyak n3 dah untuk hari nie...ibu baru nak warm-up....hehehe...sebagai pemanas badan hari nie ibu nak berikan satu kisah yang menarik untuk perkongsian bersama...

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan
cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan
saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.


"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang
cikgu tunjukkan sebentar tadi??"


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

27 conteng-conteng:

ch@ berkata...

ohhh sungguh simbolik kisah ini kak. menakutkan pun ada dgn pemikiran anak2 skrg.

fiza berkata...

Ekekekeke...lawaklah. Pemikiran bebudak jaman skang, advance & menakutkan.

Anamarza berkata...

eh boleh diaorang buat kesimpulan camtu eik..

LYAfrina berkata...

hehehee..budak2 moden

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

hhohohoho...jgn la cikgu ni pratikkan selalu...ank2 kita boleh terpesong ni..

Nieza Ishak berkata...

kikikiki ..... kena terangkan dengan jelas se-jelas jelasnya ...

Bionic women berkata...

anak2 sekarang ni lebih advanced bukan macam kita dulu lurus bendul..hehe

cikgu tu mesti mati kutu..hahaha

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

kih kih..murid2 yg sgt advance.. :D

Ila berkata...

sungguh jujur anak2 itu kan...hehehe

Mamachia berkata...

heheee..kanak2 cara fikiran lurus, kena jelaskan lagi..
kena juga cikgunya..

zanafahmi berkata...

hehe..lucu juga kan? lps baca n3 ni, saya tanya kat anak (9 thn), jwpnnya....jgn minum arak, fuhh...nasib baik dia faham.

zaidah berkata...

@ch@takut diorang terus fikirkan yang sebaliknyer....

zaidah berkata...

@fizaklu advance yang bagus ok..tapi yang sebaliknyer tu kena jaga2..

zaidah berkata...

@Anamarzatak tahulah sama ade diorang nie kreatif atau ....

zaidah berkata...

@LYAfrinajust joke aje tu lya...

zaidah berkata...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™klu yang lurus bendul memang bleh....

zaidah berkata...

@Nieza Ishakguru tu kena terangkan...betul tu

zaidah berkata...

@Bionic womenbetul tu guru tu tak terucap...

zaidah berkata...

@LiLy @ MumMyQiStInAtahu tak ape...

zaidah berkata...

@Ilasekurang2nyer diorang memahami apa yang cikgu ajar cuma kesimpulannyer tu cikgu kena terangkan...

zaidah berkata...

@Mamachiaklu tak dijelaskan bleh terpesong diorang nie

zaidah berkata...

@zanafahmialhamdulillah...nasib diorangfaham arak tu haram

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

keh keh keh...bertuah punyer budaks

eB ezrin berkata...

ha ha ha, klakar kan... ;p

Sitisifir10 berkata...

Cerita ni mmg lawak...tapi kalau ia btl mmg akan jadi satu fenomena yang membimbangkan...moga anak2 kita faham agama semuanya

Papa Mifz berkata...

budak2 kene explain betoi2 baru dorang faham...hehe

Mazatul Azura Muhamad berkata...

hahahaha.. tapi itulah cabaran mendidik anak-anak skrg..

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL