Weekend hari tu pasangan nie diundang dalam rancangan Nasik Lemak Kopi O....diorang memakai serba purple...sedondon...bakal perantin baru....nampaknyer diorang nie akan menjadik wedding of the year 2011..... sampai bernilai jutaan ringgit....
Terkejut dan teruja, itu perasan yang dialami oleh pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza menjelang majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung September ini.
Bukan hanya berdebar menanti detik bergelar suami isteri, tetapi Norman dan Memey berdebar menanti detik berlangsungnya majlis resepsi penuh bermakna, dimana persandingan mereka ini akan ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia, Jimmy Choo, Hotel Crown Plaza dan beberapa jenama lain.
“Ini semua diluar jangkaun fikiran dan saya ambil tajaan ini sebagai satu kerjasama dua hala yang member pulangan sama rata pada kami.
“Sebenarnya, rancangan awal perkahwinan kami hanya dibuat di Johor, tiada majlis resepsi diadakan di Kuala Lumpur, tetapi apabila Bilbora panggil untuk berbincang, kami setuju dengan apa yang telah dirancang.
“Sungguh tidak diduga ia disusun dengan begitu baik dan teratur sehinggakan kami rasakan ia seakan perkahwinan berkonsepkan Norman and Memey Wonderland.
“Kami memang gementar melihat apa yang dirancang ini, dan saya telefon ibu untuk tanya sendiri pendapat mereka tentang perkara ini, dan menurutnya, ini rezeki kami jadi tidak elok jika menolaknya.
“Setelah apa yang berlaku selama ini, saya sangat bersyukur masih diberi rezeki sebegini,”jelas Norman dan Memey yang ditemui ketika majlis sidang media memperkenalkan tajaan untuk perkahwinan mereka.
Undang Abby
Akan menggayakan dua busana mewah bernilai lebih RM500 000 setiap satu, Memey juga akan menyarung kasut rekaan Prof Datuk Jimmy Choo yang bernilai RM 300 000.
Selain itu, Memey juga mendapat tajaan lokasi di Crown Plaza Hotel, dan sebuah dewan akan dihias serba putih, dihiasi jutaan ros putih import yang diambil dari luar negara dan harga keseluruhannya bernilai RM150 000.
Menariknya tentang majlis ini, ia hanya untuk meraikan perkahwinan pasangan Norman dan Memey ini bersama-sama teman-teman artis dan media.
Lebih 80 orang artis akan diundang untuk memeriahkan majlis ini termasuklah beberapa artis dari luar negara dan lebih kurang enam hingga lapan artis bakal membuat persembahan.
Bercerita tentang rakan-rakan artis, jelas Norman, dia pasti akan mengundang bekas isterinya, Abby Abadi untuk turut sama meraikan majlis mereka ini.
“Insya-Allah, saya akan ajak dia ke majlis kami nanti,”jelas Norman.
Pernikahan
Bakal melangsungkan pernikahan di kediaman Memey di Felda Tenggaroh, Selatan 1, Johor, pada 23 September akan datang pasangan ini juga akan mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan orang ramai sehari selepas majlis pernikahannya itu.
"Majlis di Johor akan berlangsung mengikut adat kami disana, selepas majlis pernikahan, di sebelah malamnya kami akan adakan majlis khatam Al-Quran dan keesokkannya pula akan berlangsung majlis persandingan.
"Majlis ini terbuka untuk semua, dan konsepnya pula bertemakan moden dan taman,"jelas Memey
26 conteng-conteng:
mmmm...sorry to say,wedding of the year dr segi material la kot..di hati org sekeliling??huhu..
mmmm...sorry to say,wedding of the year dr segi material la kot..di hati org sekeliling??huhu..
betul kata mamayatie...kiranya mmg betullah dorang mmg bercOuple. kalau tak..x kan sampai nak kawen.
kecian abby....
hmm..x minatnye dgn diorg ni..
apapun..doakan jodoh diorg berkekalan..
untung badan dpt byk sponsor, dpt la merasa majlis kawen grand..
Tp Norman, nafkah anak2 kat Abby dah bayar ke belum...???
yuhuu...selamat berkenalan. rajin2 la singgah blog chekpid. pasal wedding depa ni...tak diherankan pun. tgk je la sape yg sponsor. terang2 nk promote produk. Doa saudara seislam tetap yg terbaik
ouhhhhhhhhh sgt tak suka pasangan ni.. walaupun mmg jodoh mereka.. tp cara mereka.. sgt tak suka.. malas kot nak tgk kalau ada tayangan sekalipun
hmmmmmmmmmmmmmm... akhir zaman
hehehe.. sy pon x bape gemar ngan 2 orang nih.. kawen sponser boleh laaa sampai juta2.. cer try pakai duit sendirik..hehehe..
emm no komen ler..
kite doakan ler semoga jodoh diorg pjg ye..
* salam kenalan dr fazilzura
herm... rezeki diorang..
semoga kekal jangan ada scandal lain sudah..
moga jodoh diaorang panjang dan intlah setiap perlakuan pasti mendapat blasan yg setimpalnya kan
wallah!!!!! swonoknyer kawin mewah2 nie, sume orang nak taja..... kan..... tunggulah tarikh itu kita tengok sama2 yerk.....
ermmm..kan bagus kalo la penaja2 ni semua gunakan duit ni utk kebajikan @ mbantu org2 y btl2 mmerlukan..
smoga jodoh diaorg berpanjangan hendaknya...
Jumlah tu pon nak sebut ker...haihhhhhh...
kawan2 kampung ada tulis kat FB..
4 generasi felda jual kelapa sawit pun tak mampu nak sambut majlis perkahwinan berjuta2..
hehehe..
apa2pun selamat pengantin baru utk mereka
bagus la dah nak kawen..dari asyik wat dosa je.moga norman tu dapat la jadi suami terbaik wat memey..
Alahai!! Brmegah2!! Itu kira dh jatuh dlm kategori riak ke erk.. Ntahlah!! Artis ni kadang time kawin deme la plg grand tp time bercerai deme jgk yg plg grand.. Hihihihi
Hurmmm...aku leh cakap...ksian kat Abby..sekian tima kasih..hi3
hurmmm...sejujurnya lia x suka pasangan ni...tp semua ini ketentuan Ilahi kan....smga b'bahagialah hendaknya....
rezeki masing-masing. kita tumpang tengok, kan.
dasat betul. apasal ehh diorang dapat tajaan sampai berjuta2. hmmm..ntahla. rezeki masing2. takpela, bagus pun kawen cepat-cepat
salam pagi...nak hanbag free? jom join GA.....tq
wartawan : abby apa perasan u bekas suami(norman) menjemput u dtg ke majlis dia?
abby : NO KOMEN....
HEHEHEHEHE...boleh gitu...
kalau saya jadi abby...
xpergi kot.. org pun ajak2 ayam ja tu.. watpa pergi kalau hati ni bertambah sakit...
Catat Ulasan