Hukum Minum Kopi Yang Termahal di Dunia

21.7.10

kepala akupun jadik mengong hari nie...mungkin berhujan semalam petang...hujan lebat so terpaksa redah hujan jugak sebab payung kat dalam keta n tu yang mengong aje nie....ok berbalik kepada tajuk di atas...pagi tadik sewaktu aku nak gie kerja aku dengar berita daripada Radio Sinar FM tentang hukum minum kopi yang termahal di dunia...dan aku ade buat n3 tentang kopi tu... klik sini  so hukum minum kopi berkenaan adelah halal....so tak ade masalah kalau korang nak minum kopi yang paling mahal n paling sedap kat dunia...n aku cuba jugak carik matlumat kat internet...n aku dapat maklumat seperti dibawah....



JAKARTA, 20 Julai (Bernama) -- Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang, kopi termahal di dunia dari Indonesia, difatwa halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan dari kotoran.

"Kopi Luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum kopi luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum kopi luwak, hukumnya boleh," kata Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI Ma'ruf Amin di sini.

Kopi luwak adalah sejenis kopi yang diproses dengan fermentasi secara semulajadi dalam pencernaan haiwan luwak, binatang yang sejenis dengan musang yang tinggal di pepohonan.

Biji kopi yang masih berkulit, ditelan kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran luwak secara manual.

MUI mengeluarkan fatwa tersebut berikutan banyak pertanyaan dan keluhan umat Islam mengenai perkara itu, dan berharap dengan adanya fatwa berkenaan, hukum mengenai pengambilan kopi luwak menjadi lebih jelas.

Sementara itu, setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI Aminuddin Yakub berkata MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan luwak hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut.

"Dan kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Dengan demikian, itu bukan najis, melainkan mutanajis," katanya.

Mutanajis berbeza dengan najis kerana ia suatu benda yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam, seperti daging babi, namun mutanajis adalah keadaan apabila sesuatu benda terkena najis, ia dapat dikatakan halal jika najis itu dibersihkan.

Kopi luwak sangat masyhur di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa kerana memiliki cita rasa unik, hasil daripada proses pembuatan yang "aneh".

Harganya yang mahal juga turut menjadi penarik kepada para penikmat kopi.

Di Amerika Syarikat, Kopi Luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau "cat-poo coffee" dan dijual dengan harga AS$190 untuk 500 gram.

Kopi tersebut juga didakwa dikategorikan sebagai langka atau jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram dihasilkan.

Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$$100 hingga AS$350 sekilogram.

-- BERNAMA



8 conteng-conteng:

Fieza79 berkata...

kopi termahal di dunia..kopi luwak...tak penah dgr...mesti sedap gilaa...

ardinihumaira berkata...

dni tak tahu ada kopi luwak. dni penggemar kopi ;) teringin nak cari jugalah. ada tak kat malaysia?

iena hamdi berkata...

idokla teman nak minum.. heheh
ai dah follow uuuu

maszmadi berkata...

da tau dr website n penah tgok kat tv, kalu x silap rncngan yg ader chef wan pi kat indon.. siap ader proses dia wat lagik..

seb baik masz x gemo sgt minum kopi.. hikhik.. cam geli jerk nak minum

Zaidah berkata...

Fieza79: sebab sedap tu yang mahal katanyer kopi paling sedap kat dunia..

Zaidah berkata...

ardinihumaira: kopi nie asalnya dari indonesia...kat malaysia blum jumpa lagi...

Zaidah berkata...

iena hamdi : i pun geli...

Zaidah berkata...

maszmadi : heeeeeeeee

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL